Perkataan NAMA terbahagi
kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil
NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul
atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi
kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
1. Kata Nama Am ialah
kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa
seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain
perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
2. Kata nama am dapat
dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit,
iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak,
iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
3. Kata nama am konkrit
dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
4. Berikut adalah
beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah
ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal
ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah
kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang
bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas
digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda;
misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dan lain-lain
b)
orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long, dan lain-lain
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil, dan lain-lain
d)
tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur, dan lain-lain
Biasanya huruf pertama
perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama
Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|